27 Februari 2016 - 16:30
Jabha Nusra tolak gencatan Syria

Kumpulan pengganas cabang al-Qaeda tolak gencatan senjata di Syria

Abu Mohamad al-Golani, pemimpin kumpulan pengganas Jabha Nusra


BEIRUT: Barisan Al-Nusra dikaitkan Al-Qaeda, hari ini menolak gencatan senjata di Syria dan menggesa pemberontak memperhebatkan serangan ke atas Presiden Bashar al-Assad serta sekutunya. Pemimpinnya, Abu Mohamad al-Golani, dalam satu mesej audio dimainkan dalam Orient News TV, berkata jika perang Syria tidak diselesaikan, kesannya akan tersebar dalam kalangan penduduk Sunnah di bahagian lain rantau itu, termasuk Semenanjung Arab. Mesej itu dibuat sebelum gencatan keganasan dijangka berkuat kuasa tengah malam ini mengikut pelan dirancang Amerika Syarikat dan Russia, namun mengecualikan Barisan Nusra dan militan IS. - REUTERS